[Announcement] Awesome!!! This blog has officially moved to a new, fresh and waaaaaaaay cooler-looking website ;) Got questions? Email me.

December 7, 2008

PUASA SUNNAT ARAFAH - Tazkirah menjelang raya



Assalamu’alaikum warahmatullah..

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) [1]

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]

Allahu a’lam bisshawab...

——————————————————

[1] al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji

[2] Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

credit to: http://kdi2.wordpress.com/2006/06/01/puasa-arafah/

November 3, 2008

US ELECTION 2008!!!


Hi there,
This is a very short one...
the HEAT is Palpable...
the TENSE becomes inTENSified ...
the AURORA gets unSTabled...
the HEART beats FaSter...
the CROWD seems BiGGer...
the SOUND echoes LoUDer...

in about 2 hours time (US central time)...
the DeCision Day will come...
the timid SuN will rise later to mark this memorable day...
4th of November 2008...



Democrat party vs Republican???

Third party such as Green Party perhaps??

Obama or Mc Cain???

IT's your choice (dear American citizens)...
You know even though the crowd is big, the registered voters are humongous...
BUT your VOTE COUNTS...

VOTE for difference. VOTE for change. VOTE for the betterment.
Who knows, it might be your single VOTE that will determine the next president of the States...
indirectly saying... You are one of the people who are going to shape the FUTURE...

So VOTE with your HEART!!! HAPPY VOTING :)

October 29, 2008

~Raya Ria 2008~

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

At last, mood blogging datang balik... ish2 lama gak lah yer...

Hmm rasa mcm dah terlambat tapi sebab syawal x habis lagi nak ucapkan SELAMAT BELATED HARI RAYA... (padahal raya bukan sebulan pun)

Nih kad raya yg dah x fresh dari saya from overseas...hehe... sori lah yer lambat sikit (BYK).


~ click on the pic to enlarge, dimanakah saya ??? =)

Bersyukur jugak lah macam ramai malaysians kat sini so macam happening 'giler'... semua baik2 ~ friendly and amicable... x der lah homesick sgt kan biler ramai2 macam nih, but to stick ngn malaysians SAHAJA without mingling with the rest of the puak (dari merata dunia termasuk america) is not a good idea as well ...

So, persoalannya sekarang? BEST ke RAYA di perantauan?

Soklan nih boleh dikatakan soklan cepu emas, yg hanya dengan merasai dengan diri sendiri, baru anda akan tahu BEST ke X..and pengalaman tu akan varies based on tempat kat overseas ni.

BEST ke X ni RAYA kat sini?

My answer senang je: BEST and X BEST...
(kalu dalam soklan exam sure dah salah, tapi kat sini exception yer)

X BEST :

Bayangkan kalu kat Malaysia, semua family members kumpul untuk persiapan Hari Raya, balik kampung bagi yang mampu, dan bertakbir beramai2 di malam pertama syawal...

Kat US...
Eh dah raya ek?? x sedar pun.. (ceh, exaggerate sebenarnye..suasana tu kurang di malam syawal. So, macam,hmm...oh dah raya dah...cepat tul masa berlalu)

Sebab raya jatuh hari RABU for my place, so bagi yang ade kelas kul 9 pagi, kena pilih lah between solat sunnat raya atau kelas... naseb baik lah masjid/islamic center wujud kat my university nih. Sempat lah ponteng lecture kul 8, and gi masjid kul 9 untuk solat raya...(sempat je kalu nak gi lecture dulu pun, tapi sebab mood raya tu ade lah gak..so ponteng lah...DON'T TRY THIS AT HOME)
~ suasana dalam masjid semasa khutbah raya, de kanak2 yg siap pakai coat n tie..aku pakai pe ek??? =)

TADA...!!! BAJU MELAYU BARU AND SELUAR MODERN...
okay gak lah lepas solat raya tu, ade dijamu dengan apple pie, doughnut, dan kuih2/coklat2 (bukan kuih2 malaysia lah..rindu kat kuih2 malaysia)...x sempat jumpa ramai malaysians kat islamic center nih, as i said, ramai yg rushing ke kelas, some ade kelas time ni dah sebagainya...








~bergambar bersama kakak2 yg sempat di jumpai
Basically lepas solat sunnat raya nih, dah x rasa macam raya lah... sebab kena berhadapan dengan buka dan pena.. homework and assignment... lecture and structure.. dan benda2 yg x de kaitan dengan raya..haha.. tu yg X BEST nyer...






BEST:
Best sebab pengarah MSD (Malaysian Student Department) dekat Chicago ade buat gathering kat rumah dier pada Hari Sabtu...macam Open House besar-besaran... pegawai2 MSD ade, students from merata Universities ade... So, MMG BEST!!!
~kawan2 INTEC & UNITEN...(2 gambar di atas)

Dengan kesejukan yg boleh tahan, makanan yg menyelerakan, kawan2 yg dah lama gak x bersua, kenalan2 baru.. MMG BEST!!!

Pastuh satu lagi sebab boleh pergi Chicago (kali kedua actually but kali pertama just landed n lepak kat airport je)...

Lepas gi rumah Pn. Rohana,Pengarah MSD, lepak sekejap dekat Northwestern University and Lake Michigan... Have a look at these pics...
Freshmen + 3 Sophomores + 1 Senior = ???
Lake Michigan. Subhanallah!!!

Aksi wudhu' and solat berdekatan dengan lake michigan... Samurai Feisol berlatih tuk berhadapan dengan raksasa DOTA

Kami pergi ke chicago dari UIUC dengan menaiki kereta yg dipandu oleh saudara Ansari dan pulang dengan driver baru yg mahu dikenali sebagai 'azimbaik'...

Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam setengah - 3 jam setengah dengan bantuan GPS yg ntah hapa hapa...

Seminggu lepas ni... Ade sambutan raya yg di organize oleh MASA (Malaysian Students Association) of UIUC (University of Illinois at Urbana-Champaign) sendiri..venue nyer dekat university ni sendiri. So much FUN!!! NANTIKAN report!!! =)