[Announcement] Awesome!!! This blog has officially moved to a new, fresh and waaaaaaaay cooler-looking website ;) Got questions? Email me.

Showing posts with label PPOU. Show all posts
Showing posts with label PPOU. Show all posts

April 26, 2008

PPOU ~ Where everyone can fly!!!

PART I)
Assalamualaikum semua,

/* For PPOU students yg x nak baca pengenalan/penerangan about PPOU nih boleh procede to PART II (belum siap)*/

“Don’t procrastinate!!!” my English lecturer had once told me this. Hmm… memang tidak elok bertangguh (tanpa sebab yg munasabah).

Mohon ribuan kemaafan sebab menangguh post pasal PPOU nih.

“Nak start dengan ape yer???” – soklan ni lah yg mula2 terpacul keluar dari kotak fikiranku…

Okay, macam ni lah, DEFINITION dulu… a lot of books have this kind of preamble….(buku calculus pun kebanyakkan start dengan what the heck is dy/dx or f ’(x) )..so kire nak tiru style la nih :)

PROGRAM

Pe kebenda PPOU nih???It is singkatan bagi Preparatory Program for Overseas Universities. Actually, waktu mula2 masuk UNITEN dulu… blur gak… ader la tengok laman web UNITEN tu…tercari2 program persediaan yg dorang offer, tapi still samar2, sekejap2 dier tulis program ATU, then tiba2 PPOU….

Hmm…mane satu nih??

So, setelah lama sedikit berada di UNITEN yg serba lengkap dengan facilities sebagaimana Universiti2 laen, barulah ku tahu pe lah bentuk program yg dorang sebenarnyer offer.

Untuk pengetahuan korang kat UNITEN ader 4 departments
3 di campus Putrajaya kat Bangi and 1 di campus Muadzam Shah kat Pahang.

Department2 adalah seperti berikut :

1.College of Engineering (COE) – bangi
2.College of Information Technology (COIT) – bangi
3.Institute of Liberal Studies (IKAL) – bangi
4.College of Business Management and Accounting (COBA)– pahang

IKAL sebenarnyer banyak offer subject2 general studies yg merangkumi sukan (cth: golf, kayak), language (cth: bhs German, English), social science and humanities, teaching and learning, tuk student2 UNITEN.

Dah nama dier pun Istitut Kajian Liberal… so byk la subjek2 ‘liberal’ yg di ‘offer’.

So nak dibuat cerita, IKAL nih pun offer program2 persediaanso tuk memudahkan korang…. Saya de wat sedikit diagram tuk penerangan yg lebih terperinci… (sila lihat >>>)



Sedikit penerangan:
IKAL secara generalnyer menyediakan tiga jenis program persediaan, satu program yg sudah lama bertapak di UNITEN sejak penubuhannya iaitu PPOU dan dua program baru.

1. PPOU (Preparatory Program for Overseas Universities)

FAKTA MENARIK!
Program ini bermula dengan program ATU (American Top Universities) untuk menyediakan pelajar2 lepasan SPM untuk menyambung pengajian mereka di Amerika Syarikat. Namun, sewaktu kejadian 9/11, kemasukan ke US di ketatkan dan ada sesetengah pelajar yang tidak berjaya mendapatkan VISA. Oleh itu, pelajar2 ini telah berjaya di tempatkan di Universiti2 di Australia. Bermula pada waktu itu, program ini terbahagi kepada dua – ANUP (Australia and Newzealand Universities Program) dan ATU. Walau bagaimanapun, nama ANUP tidak digunakan dan students yg membuat program ANUP di ‘refer’ sebagai PPOU.

Tempoh belajar bagi ATU - 1 thn ~ fly dalam bulan 8/9
bagi PPOU(ANUP) - 1 thn setengah ~ fly dalam bulan 1/2

2. SPC/PPC
Bunyi macam dah dekat nak sama, sama ke x nih?

Sebelum tahun 2007, MARA ada menghantar student2 ke UNITEN. Student2 ini pada awalnyer akan membuat program FOUNDATION setahun bersama student2 UNITEN yg laen sebelum meneruskan ke peringkat ‘DEGREE’. Pada Julai 2007,
MARA mula mengorak langkah baru dengan menempatkan students mereka (SPM 2006) di bawah IKAL agar potensi student2 mereka (yg sememangnyer berpotensi) dapat dipertingkatkan. Lahirlah program bernama PPC (Program Pelajar Cemerlang).

Macam mane pulak dengan SPC?
Hmm... SPC (Skim Pelajar Cemerlang) membuat program yg sama dengan PPC, cuma ‘timing’ je berlainan.

Pada bulan Jan 2008, MARA memilih students MRSM lepasan SPM 2007 berdasarkan result TRIAL SPM 2007 dorang dan meng‘enrol’kan mereka dalam program under IKAL..Maka, terbentuklah program bernama SPC.
Tempoh belajar bagi SPC/PPC - 1 thn Foundation di UNITEN
- 3/4 thn Degree di UNITEN
3. PIJB
Pe lah pulak program nih???
Saya saje je letak nama pendek yg saya reka sendiri. Program nih sebenarnyer adalah Program Intensif Jepun dan Bahasa Inggeris.

Pada akhir tahun lepas, MARA mengedarkan borang2 ke SBP, Sekolah2 harian dan juga MRSM untuk lepasan SPM 2007 yang berminat untuk mengikuti program PIJB nih dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang engin di Jepun.

Sebelum ni rasanya prog ini diadakan di UNISEL.

Tapi, pada Jan 2008, atas kepercayaan MARA pada IKAL dan UNITEN, students seramai lebih kurang 300 orang dikumpulkan di UNITEN dan diberikan satu program intensif untuk belajar bahasa jepun dan inggeris slama 3 bulan.

Yang peliknya,
hanya 90 org akan dipilih (agak membazir jugak lah – sebab program nih memakan billions of ringgit) dan mereka akan meneruskan prog di UNISEL sebelum terbang ke Jepun.

Yang beznyer,
mereka semua menginap di HOTEL RESIDENCE yg terletak di dalam UNITEN sepanjang mereka mengikuti program intensif 3 bulan ini. Selain itu, yg x terpilih boleh cuba untuk scholarship laen dan tidak perlu membayar MARA balik. Tapi, kalu dapat tuh, memang wajib teruskan lah…

Untuk makluman lanjut/tambahan, boleh lah lawat laman web UNITEN sendiri :
klik>> http://www.uniten.edu.my/newhome/content_list.asp?contentid=637

ANTARA KELEBIHAN MEMBUAT PROGRAM PERSEDIAAN DI UNITEN

1.PPOU memegang record 100% berjaya fly. So x perlu lah risau sgt.




2. Lecturer2 yang mantap2 dan sememangnya friendly and amicable. Kebanyakkan lecturer adalah graduan2 from overseas Universities dan ada yang from top international universites macam Cambridge University, UK dan University of Wisconsin, US.
3. Experience sebagai seorang pelajar Universiti yg bergelar siswa atau siswazah. Yang nih memang saya rasa yang paling special dan tidak ada kat tempat2 persediaan yg laen kat Malaysia nih. Pelajar2 persediaan dapat 100% akses ke prasarana2 universiti, seperti swimming pool, library, stadium, gym dan laen2.
4. Kawasan campus yg besar dan indah serta lengkap dengan kemudahan2 seperti WIFI, LAN INTERNET, LIBRARY, BILIK COMPUTER ,etc.
5. Bimbingan 100% dengan suasana kelas yg kondusif dan tidak begitu ramai pelajar dalam satu kelas. Lebih banyak tumpuan dapat diberikan kepada setiap individu.
6. Course (subjek2) yg di offer adalah course yg challenging dan relevan dan terus menyediakan pelajar2 untuk menempuh alam universiti yg sememangnya mencabar. Pelajar2 di latih untuk membuat assignment, presentation dan lain2.

SERTA BANYAK LAGI!!!
Setakat ini sahaja…. :)

NANTIKAN: PPOU ~ where everyone can fly! (PART II)